WAKAF, Sungai Pahala yang Sentiasa Mengalir.

Kempen Wakaf Baiki Bumbung dan Lantai Maahad Lil Banat RM200k.

Ringan di Dunia, Berat di Akhirat.

Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif Lilbanat telah mula beroperasi pada tahun 2004, bertempat di Jitra, Kedah. Menempatkan pelajar Alimah dan Hafizah seramai hampir 100 orang pelajar.

Walau bagaimanapun, Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif Lilbanat yang sudah beroperasi selama 22 tahun ini, masih lagi menyewa rumah untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan juga asrama pelajar. Oleh itu, JOM BANTU DENGAN WAKAF BERSAMA MAAHAD untuk capai RM200k bagi membaiki masalah bumbung bocor dan pemasangan lantai jubin bagi memudahkan pelajar-pelajar kami belajar dengan selesa. 

Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif, Jitra, Kedah

TAHUKAH ANDA AMALAN YANG PALING DITAKUTI OLEH SYAITAN?

YA! Sedekah WAKAF

Amalan yang paling ditakuti Syaitan adalah Amalan Sedekah WAQAF yang berkekalan berterusan pahalanya walaupun setelah kita MATI

Mahukah Anda Meraih Saham Akhirat yang Pahala Berterusan Dengan BERWAKAF?

Kita semua tahu, setiap manusia itu pasti menemui ajalnya satu hari nanti. Namun pernah ke kita berfikir, apa persediaan yang kita dah buat sebagai bekalan menuju Akhirat?

Apa amalan yang kita dah rancang dan buat, supaya kita boleh dapat saham, dan pahala berterusan, ketika berada di Neraca Timbangan?

Izinkan kami kongsikan sebuah cerita. Hadith daripada Ibnu Umar R.A:

“Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar, lalu dia datang kepada Nabi S.A.W untuk minta pandangan tentang tanah itu;“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”Maka, Rasulullah S.A.W pun bersabda kepadanya yang bermaksud: “Jika engkau hendak, tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”Lalu Umar R.A pun sedekahkan manfaatnya (yakni berwakaf) dengan syarat tanah itu tidak boleh dijual beli, dihibahkan @ diwariskan. – HR Bukhari Muslim

Jika niat kita ikhlas berwakaf, inilah cara untuk kita dapat pahala berterusan di akhirat kelak sepertimana Rasulullah Solallahua’laihi wasallam sarankan.

Sedekah Mana Paling Besar Ganjarannya Disisi Allah SWT?

1. Sedekah dalam keadaan SIHAT

2. Sedekah dalam keadaan masih TAMAK KEPADA HARTA

3. Sedekah dalam keadaan ada perasaan TAKUT AKAN MENJADI MISKIN

4. Sedekah dalam keadaan ADA CITA-CITA UNTUK MENJADI KAYA

Apakah "Tanda Ibadah Kita Diterima" Oleh Allah SWT?

MUDAHNYA KITA MENGELUARKAN SEDEKAH TIDAK MERASA BERAT UNTUK MEMBERI

Ke Mana Wang Waqaf Anda Digunakan?

Tapak & Pelan Bangunan

Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif, Jitra

Kenapa Perlu Yakin & Percaya Dengan Kami?
Sumbangan Waqaf Anda akan diuruskan dengan penuh Amanah kerana Alhamdulillah, Maahad ini telah pun terbukti beroperasi lebih 22 tahun & kini dalam proses untuk Baikpulih Maahad Lilbanat untuk melahirkan Hafizah & Alimah pula.

 

Maahad Tahfiz Lorong Alif (MTALA), Jitra merupakan Pusat Tahfiz dan Pengajian Pondok yang beroperasi sejak tahun 1990 sehingga kini. Maahad ini menampung jumlah pelajar Putera dan Puteri dari dalam dan luar negeri seramai 200 orang. 

Maahad ini berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dibawah Seksyen 12 (1) (2) Enekmen Pengawalan Sekolah Agama Islam Bil 8 (198). Ianya telah didaftarkan pada 19 Syaaban 1411H bersamaan 5 Mac 1990. (No. Pendaftaran : 2/90). 

Bermula dengan seorang tenaga pengajar, kini berkembang dengan berkat kesabaran dan niat untuk memastikan kelangsungan syiar Islam, MTALA telah berjaya melahirkan ratusan para hafiz dan hafizah, alim dan ulama. Peperiksaan Syahadah Tahfiz yang ketat dan kawal selia oleh Jamia Darul Quran menjadikan lepasan Maahad ini berkualiti tinggi dan mendapat perhatian di peringkat Asia Tenggara.

Sehingga kini, MTALA telah mempunyai ratusan pelajar dengan beberapa cawangan serta jumlah guru yang semakin bertambah. MTALA merancang untuk menaiktarafkan prasarana maahad ini untuk kebaikan dan manfaat ummat Islam seluruhnya.

Pengesahan Sijil Kelulusan

Bagaimana nak SEDEKAH WAQAF?

Tuan/puan boleh menyumbang sekarang RM1, RM5, RM10, RM100 atau seikhlas hati Tuan/Puan dengan klik salah satu butang dibawah.

KLIK BUTANG ( HIJAU ) DIBAWAH UNTUK BUAT SEDEKAH

Sedekah Waqaf Serendah RM20​

Sedekah Waqaf Serendah RM30​

Sedekah Waqaf Serendah RM50

Sedekah Waqaf Serendah RM100

Sedekah Waqaf Serendah RM1000

Sedekah Waqaf Seikhlas Hati

” Sahaja aku Bersedekah Waqaf dengan Jumlah Sumbangan yang tersebut kerana Allah Ta’ala “

Maklumat Tambahan:  
1. Pihak kami menggunakan FPX Payment Gateway Toyyibpay, SEBELUM pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan Rakan Kerjasama pembayaran kami.
2. Setiap pembayaran RM1 Caj Payment Gateway Toyyibpay akan dikenakan

Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / Cash Deposit / QR Code Boleh ke Akaun :

Jika ada sebarang Keraguan atau Pertanyaan, sila hubungi nombor telefon di bawah.

Ustaz Aref Budiman Ahmad Al Hafiz
019-5548914

Lokasi Maahad
Maahad Tahfiz Al-Quran Lorong Alif @ Darul Ulum Ar Rahimiyah Tahfizul Quran
No 847,Lorong Alif, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
( NO. PENDAFTARAN JHEAIK : 02/90 )

Semoga Tuan/Puan dapat menyumbang sekarang dengan ikhlas hati kerana Allah Ta’ala.InshaAllah kami di Maahad Tahfiz Al-Quran mendoakan Tuan/Puan semoga dimudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki dan kelapangan untuk terus beramal kerana Allah.
InshaAllah.

Jazakallah Khairan Katsiiraa

Disclaimer : “Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site (binamadrasah.com) is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners”

All Rights Reserved. Designed by Ijmal Akbar

Scroll to Top